KOTAK IKAN BERINSULASI BUKAN UNTUK NELAYAN TEMPATAN - melayau

JASIN 28 Feb. - Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) hanya dikenakan kepada pengimport ikan dan ia tidak melibatkan nelayan tempatan, kata Noh Omar.

Dia berkata, tujuan penggunaan KIBFG ialah bagi memastikan ikan yang diimport dalam keadaan segar dan berkualiti tinggi.

"Dalam kotak ini ada mikrocip, kita gunakan (mikrocip) bagi memudahkan pihak penguatkuasa untuk mengetahui maklumat KIBFG seperti kandungan dalam kotak itu dan pemiliknya, ini akan memudahkan jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Jasin di sini, hari ini.

Semalam, Noh menegaskan kerajaan akan tetap meneruskan arahan penggunaan KIBFG secara berperingkat bermula esok, walaupun ada segelintir pengimport ikan yang masih berdolak dalik dan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.

Noh berkata, bagi membolehkan arahan penggunaan KIBFG dilaksanakan, kerajaan telah bertolak ansur dengan pengimport ikan termasuk bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membiayai subsidi penggunaan KIBFG.

nota:
masih ada yang tidak jelas tentang hal kotak berinsulasi.
malaon ini kata tujuan untuk ikan segar dan berkualiti tinggi
ertiny kalau makan ikan busuk orang ramai akan sakit perut
ertinya kalau makan ikan busuk orang ramai akan ceret beret

ada yang tidak betul di sini.

semenjak bila pula kerajaan gerombolan ingin menjaga kesihatan rakyat.
kalau hendak menjaga kesihatan rakyat kenapa hospital di swastakan

kotak ini ada microchip pulak.
micro chip ini untuk pertahanan dan keselamtan negara.
biar betul - takkan ikan sebahagian daripada pertahanan kita.

ini macam ada kroni cadangankan projek ini.
malaon ini paksa pengimpot gunakan kotak berinsulasi ini.
kotak berinsulasi hanya boleh di beli di sebuah kedai.

ini macam kes beras
tak ada yang boleh import beras keculi bernas
kemudian kalau nak beli beras kena beli dari syraikat bernas ini saja.

yang pelinya itu TIDAK MELIBAT NELAYAN TEMPATAN.
yang peliknya itu kerjaaan ada pulak bagi sunsidi.
apa sebenarnya sedang berlaku?

mungkin malaon ini rasa inilah masa masa
terakhir untuk membuat duit sebelum gerombolan lucut kuasa
macam nor yacob... rembat sebanyak mungkin... dua tahun
lagi kerajaan perkatan akan datang.
silap silap hari bulan macam thaksin... semua harta
kena rampas kembali kah kah kah



Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:27:00 AM

KOS TAMBAHAN PUNCA HARGA MENINGKAT – berita hairan

Isnin, 2010 Mac 01
SATU CONTOH PERNIAGAAN BUMIPUTERA


MALAS BEKERJA - SURUH KERAJAAN BAGI MONOPOLI


KOS TAMBAHAN PUNCA HARGA MENINGKAT – berita hairan

KUALA LUMPUR: Bekalan ikan dalam negara akan berkurangan dan harga dijangka naik 10 peratus jika Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia menghentikan import ikan bagi membantah arahan kerajaan menggunakan kotak ikan berinsulasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Yusoff Ismail, berkata 1,500 tan ikan import dari Thailand dan Indonesia setiap hari mungkin tidak dapat dibawa masuk jika penggunaan kotak berinsulasi diwajibkan.

“Ini kerana kebanyakan ahli persatuan tidak mampu membelinya kerana harga kotak itu lebih mahal berbanding tong plastik digunakan sekarang.

“Kalaupun pengimport menggunakan kotak berinsulasi ini, harga ikan dijangka meningkat kerana kos tambahan akan disalurkan kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

“Saya difahamkan beberapa pemilik bot juga sudah mengurangkan operasi menangkap ikan kecuali mereka yang memiliki kemudahan sejuk beku untuk menyimpan hasil tangkapan sementara menunggu kesudahan kemelut baru ini.

“Walaupun kempen boikot ini hanya membabitkan ikan import, nelayan tempatan juga dikhuatiri menghadapi kesukaran memasarkan ikan kerana lori milik pemborong dijangka tidak akan beroperasi sepanjang tempoh boikot untuk mengangkut hasil tangkapan,” katanya.

KAH KAH KAH

woit... KENAPA SUSAH KAN SATU MALAYSIA?.... kah kah kah..

woit... APA TUJUAN GUNAKAN KOTAK INI ?.... kah kah kah..

woit... KENAPA PAKSA BELI PADA SYARIKAT INI ?.... kah kah kah...

woit.... INI MESTI SYARIKAT KRONI.... kah kah kah...

woit.... APA TUJUAN PAKAI KOTAK BERINSULASI INI ?.... kah kah kah..

woit... NAK JAGA KESIHATAN RAKYAT?..... kah kah kah...

woit.... KALAU NAK JAGA KESIHATAN ORANG RAMAI KENAPA HOSPITAL DI SWASTAKAN.... kah kah kah....


woit... SIAPA PUNYA SYARIKAT : KF MARKETING SDN BHD INI ?... kah kah kah..

woit... APA HUBUNGAN SYARIKAT INI DENGAN MALAON MENTERI... kah kah kah...

woit... KENAPA SUARA DARI PENGIMPOT IKAN TIDAK DI LAPORKAN...kah kah kah...

woit...SATU MALAYSIA NAK TAHU... KENAPA PENGIMPOT IKAN MEMBANTAH.... kah kah kah


-tukar tiub-

HAPUSKAN RASUAH DULU - SEBELUM PAKAI KOTAK BARU


Ahad, 2010 Februari 28

NANTI ADAKAN AKTA - IKAN TAK BOLEH LETAK DALAM BESEN PLASTIK

ARAHAN PENGUNAAN KOTAL IKAN BERINSULASI BERMULA ISNIN :NOH OMAR - mStar


Arahan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat akan tetap bermula Isnin ini sekalipun ada segelintir pengimport ikan mengugut untuk menghentikan operasi membawa masuk ikan ke negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar yang kesal dengan tindakan kumpulan terbabit berkata pihak berkenaan sudah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka semasa sesi dialog dengan beliau pada Khamis lepas.

"Individu terbabit pun ada sama pada dialog itu. Bila dia timbulkan masalah maka kita dah setuju untuk buat beberapa keputusan dan semua orang puas hati, tetapi kenapa hari ini dia buat kenyataan bercanggah dengan apa yang dipersetujui, apa masalahnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng dalam sebuah akhbar hari ini yang antara lain berkata sekumpulan pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak tidak berpuas hati dengan arahan itu.

Kumpulan itu juga dilaporkan mengugut untuk menghentikan import ikan ke negara ini apabila arahan dikuatkuasa bermula 1 Mac ini.

Noh berkata bagi membantu meringankan beban pengimport membeli KIBFG yang agak mahal, kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan RM2.4 juta sebagai subsidi termasuk pengurangan caj ikan import sebanyak dua sen sekilogram.

"Harga subsidi ini diberikan bagi pembelian 60,000 kotak KIBFG iaitu 20,000 kotak KIBFG seberat 100 kilogram dan sebanyak 40,000 untuk kotak KIBFG seberat 50 kilogram.

"Bagi KIBFG seberat 100 kilogram, harganya ialah RM205 seunit dan subsidi diberikan kerajaan ialah RM60 seunit menjadikan harga selepas subsidi cuma RM145, manakala harga KIBFG seberat 50 kilogram pula yang pada asalnya RM125 seunit jadi RM95 selepas subsidi," katanya.

Kerajaan katanya telah cuba meringankan beban pengimport dan pada masa yang sama golongan itu juga harus menyokong hasrat kerajaan yang mahu memastikan rakyat mendapat bekalan ikan segar selain mengelakkan penyeludupan.

Mengenai masalah berhubung tong ikan plastik sedia ada selepas penggunaan KIBFG dikuatkuasakan, Noh berkata kerajaan telah memberi beberapa cadangan seperti menjualkannya kepada pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia atau menjualkannya kepada nelayan tempatan.

"Kerajaan pun ada maklumkan selepas bulan Jun jika mereka nak beli KIBFG daripada pembekal lain selain empat pembekal yang dilantik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kita benarkan tetapi mereka masih kena gunakan cip yang kita sediakan.

"Kenapa mereka takut nak guna cip kita? Apa helah mereka? Takut kita boleh kesan sebarang kegiatan yang tidak sepatutnya?" katanya.

Noh seterusnya menegaskan pengimport ikan tidak akan dibenar membawa masuk ikan ke negara ini sekiranya mereka tetap ingkar daripada mematuhi arahan itu apabila penggunaan KIBFG dikuatkuasakan sepenuhnya pada November ini.

"Negara-negara seperti Thailand dan Singapura dah guna KIBFG dan Indonesia pun bawa masuk ikan ke Malaysia guna kotak ikan berinsulasi tetapi tiada gred makanan, cuma hanya Malaysia yang guna cip.

"Apa pun saya akan panggil individu ini bagi mendapat penjelasan sebenar dan menerangkan semula arahan itu kepadanya dalam masa terdekat. Janganlah kelirukan rakyat dengan isu ini," katanya.

nota:
jika ikan tidak di import maka harga ikan akan naik.
jika hartal dilakukan oleh pengimpot lagi harga naik.

apa tujuan kotak berinsulasi ini ?
tidak diternagkan dengan jelas.

apa batahan dari pengimpot?
ini juga tidak dilaporkan.

satu melaysia sudah bosan degan laporan berita satu pihak sahaja.
apa dia permintaan pengimpot.
kenapa perlu kotak ini?
syarikat kroni mana yang jadi monopili jual kota berinsulasi ini?

pelik pulak: tong lama plastik boleh dijual untuk nelayan
tempatan pulak.
dari laporan berita ini nampaknya
ini satu lagi nak tipu Melayu
satu projek paksa orang beli dari syarikat kroni

inilah dia dinamakan perniagaan bumiputera kah kah kah

letih jadi Melayu
tak pernah malu
malas buat kerja
suka niaga atas angin kah kah kah


-tukar tiub-

LKIM Diminta Tarik Balik Arahan Guna Tong Insulasi

KOTA BAHARU, 13 Jan (Bernama) -- Kira-kira 100 anggota Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Kelantan (PPPIK) hari ini mengadakan demonstrasi sebagai membantah penguatkuasaan penggunaan tong insulasi Khamis ini oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Penggunaan tong insulasi menggantikan tong plastik adalah tidak praktikal ekoran cirinya yang tidak sesuai untuk menjamin kesegaran ikan, kata Pengerusi PPPIK Ahmad Tarmizi Mamat.

"Tong insulasi memiliki pelbagai kelemahan antaranya mudah bertakung air, seberat 50 kilogram yang membebankan kerja pemunggahan secara manual, mudah gelongsor dan air batu mudah cair yang menyebabkan ikan mudah rosak," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada demonstrasi itu yang diadakan berhampiran pasar Siti Khadijah di sini.

Beliau berkata, penggunaan tong insulasi juga akan meningkatkan kos operasi kerana harga tong berkenaan mahal iaitu RM120 seunit yang hanya dapat memuatkan 40 kilogram ikan berbanding tong plastik berharga RM23 seunit untuk 30 kilogram ikan.

Katanya PPPIK akan menghantar memorandum kepada LKIM hari ini bagi menggesa pihak terbabit mengkaji semula dan menarik balik penguatkuasaan penggunaan tong insulasi.

Salinan memorandum itu juga akan dihantar kepada Ketua Pengarah LKIM dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, katanya.

-- BERNAMA

Tong insulasi: Menteri akur bantahan 5,000 peniaga ikan

Mohd Yusri Amin

Pengerusi Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Kelantan, Mat Tarmizi Mamat berkata, bantahan itu dilakukan kerana tong itu berharga RM120 seunit berbanding tong biasa RM34 satu unit.

Selain itu katanya pengurusan tong insulasi merumitkan peniaga.

"Dengan penggunaan tong berinsulasi menyebabkan kos yang ditanggung pemborong empat kali ganda lebih besar.

"Dan bila harga tong meningkat maka dengan sendirinya harga ikan akan meningkat,” katanya di sini.

Baru-baru ini beliau bersama peniaga ikan mengadakan demontrasi aman sebagai membantahkan penggunaan tong berinsulasi.Image

Menurutnya dakwaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tong itu tahan ais tidak benar kerana kualitinya kurang, licin, tidak tahan lama serta mudah pecah.

Beliau berkata, persatuan musykil dengan arahan itu kerana pada majlis dialog dengan pihak berkenaan pada 21 Januari lalu, penggunaan tong berinsulasi ditangguhkan.

"Dialog terakhir antara Pemborong Kelantan dengan Pengarah LKIM Malaysia diadakan setelah kita buat bantahan dan menghantar memorandum kepada LKIM Negeri.

"Dan 1 Mac lalu kita tiba-tiba diarahkan supaya mengguna tong insulasi dan kalau tidak guna, kita akan diambil tindakan. Sedangkan dalam dialog dulu ditangguh," ujarnya.

Beliau berkata, peniaga ikan tetap tidak mahu menggunakan tong berinsulasi.

Seorang peniaga ikan di Pasar Besar Siti Khatijah, Kamaruddin Mamat berkata, kalau pihak berkenaan tidak memberi kelonggaran, mungkin bekalan ikan terputus di Kelantan.

Image "Kami mahu kelonggaran supaya boleh menggunakan semula tong sedia ada yang biasa memandangkan tong insulasi itu bukan saja harga mahal tapi sukar untuk mengurusnya, tak tahan ais," katanya.

Ekoran bantahan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersetuju menetapkan hanya 10 peratus sahaja tong insulasi digunakan bagi setiap penghantaran ikan import supaya tidak membebankan mereka.

Menurutnya juga tong ikan berinsulasi hanya diwajibkan kepada pengimport yang memmbawa masuk ikan dari negara luar termasuk Thailand dan Indonesia.

Ketika diminta mengulas kenyataan terbaru menteri, Tarmizi berkata, menteri sepatutnya faham terhadap masalah yang berlaku kerana kesannya diterima rakyat, apabila tiada ikan di pasaran minggu lalu. - mj

Hishammuddin diselar elak jumpa mangsa tembakan

Hazayani Zakaria

PUTRAJAYA, 25 Feb: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan badan Bukan Kerajaan (NGO) menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana enggan bertemu sendiri dengan mangsa tembakan polis, Norizan Salleh dan menerima memorandum daripada mereka.

Kira-kira 20 wakil dari PR ke bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi bagi menyerahkan sendiri kepada Hishammuddin memorandum berhubung pendedahan Norizan itu namun malangnya kehadiran mereka tidak disambut baik oleh pihak Menteri.

Pada awalnya, pihak keselamatan memberitahu bahawa Hishammuddin ada di pejabatnya dan membenarkan tujuh orang masuk menemui beliau namun selepas itu, setiausaha sulit kanan beliau yang dikenali sebagai Azmi, keluar menemui mereka di lobi bangunan dan secara tergesa-gesa meminta mereka menyerahkan segera memorandum berkenaan kepadanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Hishammuddin tiada di pejabat dan seolah-olah tidak mahu mengambil tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka.

Sikap tidak mesra tetamu yang ditunjukkan Azmi itu menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan apabila mereka bertegas mahu menemui Hishammuddin sendiri bagi menunjukkan keadaan Norizan yang tangannya masih berbalut, serta menyerahkan memorandum itu kepda beliau.

Azmi bagaimanapun tidak mempedulikan permintaan itu sebaliknya terus meninggalkan mereka tanpa cuba menyelesaikan pertelingkahan itu secara baik.

Bercakap kepada media selepas itu, pimpinan PR yang hadir menyuarakan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan pihak Menteri.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihak menteri sepatutnya mendengar sendiri daripada mangsa mengenai apa yang berlaku, bukan menunjukkan sikap angkuh.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Ampang, sangat kecewa dengan sikap setiausaha sulit kanan Hishammuddin kerana tidak ada sikap mesra rakyat langsung.

"Saya percaya beliau tidak tahu langsung cerita mengenai Norizan ini. Sepatutnya beliau mendengar dahulu daripada kami mengenai kes ini sebelum bertindak sombong dengan kami.

"Hari ini terbukti slogan Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, kosong. Mereka langsung tidak menunjukkan sikpa mesra rakyat seperti yang dilaungkan," tegasnya.

Timbalan Ketuanya, Rodziah Salleh yang juga Exco Kerajaan Selangor pula meminta Kerajaan membuktikan slogan 1Malaysia yang dicanang mereka selama ini.

"Saya nampak isu ini begitu serius kerana jika perkara begini boleh berlaku kepada kami yang telah diberikan mandat oleh rakyat, cuba bayangkan bagaimana jika Norizan datang seorang diri, sudah tentu kehadirannya langsung tidak dihiraukan.

"Jadi saya minta Kerajaan tolong buktikan slogan yang mereka laungkan selama ini," ujarnya.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Kartini Ahmad pula berkata, pihaknya akan terus menyokong sebarang tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat dan NGO dalam memastikan Norizan mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Kami dari Muslimat PAS sangat terkejut dengan kes ini.Walaupun ianya sudah berlaku lama, tapi belum ada sebarang tindakan dari pihak kerajaan untuk memberi pembelaan kepada Norizan.

"Jadi kami akan terus memberi sokongan kepada sebarang tindakan yang diambil untuk membantu Norizan sehingga kes ini selesai,". katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata, mereka akan menyerahkan meorandum berkenaan kepada Hishammuddin di parlimen yang akan bersidang pada Mac depan.

"Kita memang bawa memorandum. Bukan datang tangan kosong.Kita akan jumpa Hishammuddin di parlimen bulan depan.Kita akan bawa Norizan ke parlimen dan serahkan memorandum. Di Parlimen Hishammuddin tak boleh lari seperti hari ini," katanya.

Turut hadir pagi tadi, Timbalan Ketua Wanita Dapsy kebangsaan, Jenice Lee Ying Ha yang juga Adun Teratai, Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya, dua peguam Norizan, N. Surendram dan Fadiah Nadwa Fikri.

Pada awal pagi 30 Otober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Norizan buat pertama kali mendedahkan perkara itu dalam satu sidang media pada Januari lepas. Ia disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Feb 2010 dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari lepas.

Namun sehingga kini, aduannya belum mendapat respon daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau pagi tadi merayu kepada Menteri yang bertanggungjawab agar mengambil perhatian terhadap kes beliau itu yang didakwa telah menjejaskan kehidupannya.

"Saya sedih bila saya datang sendiri ke sini, pihak Menteri tidak mahu ambil tahu kisah saya. Saya tidak tahu kenapa saya ditembak, dan akibatnya saya terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM18 ribu. Mana saya nak cari duit," luahnya kesal.

-Harakahdaily-