ROTI NAJIB.....

Najib’s Corner ini telah menjadi perbualan ramai warga India
terutama di Brickfields. Restoran ini makin popular dan orang
ramai menjadi ‘curious’ dan mencari restoran ini.

Petang kelmarin kawan lama saya dari UM telah mengajak saya 
bertandang ke restoran ini. Tetapi saya tidak dapat pergi
kerana telah ada temu janji yang lain.

Di sebelah malamnya kawan saya menalipon saya. Lalu saya bertanya
tentang Najib’s Corner. Kawan saya bercerita panjang lebar tentang
décor dan perhiasaan dalam restoran ini. Saya tidak berminat sangat
tentang perhiasaan atau pinggan mangkok restoran ini. 

Saya ingin tahu masakan yang spesial dari restoran ini.

‘Ada biawak goreng ke? Saya bertanya.

‘Kau gila ke’ jawapan dari kawan saya.

‘Itu… apa yang spesial’. Saya bertanya lagi.

‘Ada Roti Najib…. tadi aku makan Roti Najib…’

‘ Macam Roti John… yang di Melaka ke? Saya ingin pengesahan.

‘ Pelayan muda itu yang beri cadangan supaya aku makan Roti Najb’

‘ Roti Najib ini macam mana… macam Roti John ke?’ Aku tak sabar nak tahu.

‘ Tak laaa…. macam roti canai….kan ada roti banjir, roti sardin, roti keju….’. Kawan aku menerangkan dengan jelas.

‘ Abis… apa yang spesial nya..’ 

‘ Laaa… Roti Najib ini roti canai yang tak ada telor…… kah kah kah’


dipetik dari tukartiub.blogspot.com

No comments: