Ulama Umno bakar kapal

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 28, 10
10:43pm


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

Pengurusan kes Karpal saman Utusan, 1 Julai

Mei 24, 10 1:08pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Julai ini, pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dua tahun lalu.

Tindakannya itu berhubung artikel berbaur fitnah tentang komennya mengenai Islam.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Karpal Singh yang juga adalah anggota parlimen Bukit Gelugor manakala M Mohana Kumar, pula mewakili Utusan Melayu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Karpal Singh, yang juga peguam, mendakwa artikel bertajuk "DAP Diingat Jangan Bakar Perasaan Melayu", yang disiarkan pada 25 Ogos 2008, oleh Utusan Malaysia, menyebut bahawa beliau membuat kenyataan mengenai Islam dalam ucapan alu-aluannya pada Kongres Kebangsaan DAP kali ke-15 yang diadakan pada hari sebelumnya.

Karpal Singh mendakwa perkataan yang didakwa berbaur fitnah itu difahami membawa maksud, antara lain, beliau seorang ahli politik yang cenderung untuk mewujudkan pergeseran dalam kalangan masyarakat berlainan kaum di negara ini, sama sekali adalah palsu dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan kerjaya profesional serta politik beliau.

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata beliau secara konsisten menegaskan dalam ucapan umum dan sebagai seorang Anggota Parlimen di Dewan Rakyat sejak 26 tahun lalu bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang diperuntukkan mengikut Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memohon RM10 juta ganti rugi umum, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Utusan Melayu, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada 3 Nov 2008, berkata pernyataan maaf yang disiarkan oleh akhbar itu diterima oleh Karpal Singh sebagai memenuhi surat tuntutannya.

Ia mendakwa perkataan yang dibantah oleh Karpal Singh itu dimuatkan dalam artikel berkenaan akibat salah faham/kekeliruan dan ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan.

Selain itu, ia turut mendakwa artikel berkenaan disiarkan dengan berniat baik dan ikhlas tanpa sebarang niat jahat terhadap Karpal Singh.

harakahdaily.net

Tenaga nuklear tidak wajar untuk Malaysia

S.M. Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyuarakan bantahannya berhubung tenaga nuklear di Malaysia dan mengemukakan isu pembuangan sisa radiaokatif di Perak. Bagaimanapun mantan PM itu dilaporkan tidak menyedari di mana sisa itu ditanam. Sikap tidak pedulinya itu amat malang sekali kerana sebagai pemimpin, Dr Mahathir seharusnya mengetahui lokasi berbahaya itu memandangkan ia masih dianggap tidak selamat.

Kemudahan penyimpanan jangka panjang sisa radioaktif itu terletak di Banjaran Kledang, Perak. Sisanya dihasilkan daripada kilang Asian Rare Earth (ARE) di Kampung Baru Bukit Merah, berdekatan Ipoh. Kilang ARE itu mula beroperasi pada 1982 untuk mengeluarkan yttrium (nadir bumi) daripada monazite (yang diperolehi daripada amang, hasil sampingan lombong bijih timah). Sisa radiaoaktif itu merupakan harta milik Kerajaan Negeri Perak.

Perjuangan alam sekitar yang panjang untuk keadilan dan kesihatan berikutan komuniti Kampung Bukit Merah yang terjejas oleh radiasi daripada pembuangan sisa yang tidak sempurna. Kes leukemia dalam kalangan kanak-kanak, kanser, keguguran, keracunan plumbum amat tinggi berbanding jangkaan insiden di Malaysia. Kilang ARE akhirnya ditutup pada 1990-an tetapi legasi toksiknya kekal dalam bentuk sisa radioaktif.

Dengan rekod buruk itu dan kesannya yang besar terhadap alam sekitar, kesihatan awam dan keselamatannya, kami amat prihatin berhubung usaha kerajaan Malaysia untuk membina loji tenaga nuklear di negara ini.

Berikut adalah beberapa alasan kenapa kita tidak seharusnya memilih tenaga nuklear yang merupakan sumber tenaga mahal, mencemarkan dan berbahaya:

Kesan Kesihatan

Reaktor nuklear mempunyai kesan terhadap kesihatan awam dan alam sekitar yang amat serius. Udara dan air yang tercemar dengan radioaktif dikeluarkan melalui operasi semua reaktor nuklear. Pelbagai isotop radioaktif dilepaskan dengan pelbagai kimia dan radioaktif yang sesetengahnya amat toksik dan ada yang tidak malah sesetengah daripadanya amat radioaktif berbanding yang lain, sesetengahnya bertahan hanya beberapa minit manakala ada yang boleh bertahan sehingga berbilion tahun.

Satu kajian di Mainz, Jerman menunjukkan risiko mendapat kanser, terutamanya leukemia, semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak yang membesar di persekitaran stesen tenaga nuklear. Hasilnya menunjukkan risiko yang tinggi untuk mendapat kanser jika kanak-kanak itu tinggal dalam lingkungan kurang daripada 5 km di sekitar loji tenaga nuclear. Terdapat 77 kes kanser (60% lebih daripada yang dijangkakan dalam nilai statistik biasa) dan 37 kes leukemia (117% lebih daripada yang dijangkakan). [http://www.bfs.de/en/bfs/druck/Ufoplan/4334_KIKK.htm].

Sisa Radioaktif


Rantaian nuklear bermula dengan perlombongan uranium, aktiviti mencemarkan yang menjejaskan sebahagian besar kawasan. Bijih uranium boleh mengandungi serendah 500 gram uranium yang boleh diperolehi bagi setiap per sejutan gram tanah. Sejumlah besar batuan perlu digali, dihancurkan dan diproses menggunakan bahan kimia untuk mengeluarkan uranium. Sisa yang tinggal atau amang, masih mengandungi sejumlah besar radioaktiviti dan sering disimpan dalam keadaan yang buruk, mengakibatkan pencemaran permukaan dan air bawah tanah.

Sisa radioaktif dihasilkan berterusan dalam reaktor. Sisa nuklear paras tinggi (juga dipanggil sinaran atau bahan bakar “spent”) yang lebih radioaktif apabila batang bahan bakar dimasukkan ke dalam reaktor. Sisa ini boleh membunuh sehingga mereka yang berdiri berdekatan dengannya tanpa sebarang pakaian perlindungan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minit. Sisa ini amat berbahaya sehingga bertahun-tahun lamanya dan tiada teknologi yang wujud untuk mengasingkannya bagi tempoh yang lama.

Batang bahan baker simaran ini disimpan dalam kolam penyimpanan di dalam bangunan reaktor. Jika seseorang secara tidak sengaja mengeluarkan air daripada kolam itu, bahan bakar “spent” itu secara spontan akan mencetuskan kebakaran dan kebakarannya tidaka akan dapat dikawal dalam beberapa hari, melepaskan bahan yang amat radioaktif. Di samping itu, dalam kes kebocoran, apakah yang akan berlaku kepada air yang tercemar dengan radioaktif itu? Ke manakah jumlah air yang banyak itu akan mengalir?

Satu lagi jenis sisa ialah sisa radioaktif paras rendah yang merupakan sisa radioaktif daripada reaktor. Sejumlah besar sisa ini perlu ditanam dan dalam tempoh beberapa tahun ia mungkin akan bocor dan mencemarkan air bawah tanah.

Kebocoran dan kemalangan reaktor

Daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear merupakan salah satu yang mampu menyebabkan bencana kemalangan. Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani bencana seperti kebocoran atau keleburan reaktor? Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini apabila tenaga alternatif yang lebih selamat dan murah boleh diperolehi?

Walaupun kemungkinan letupan nuklear adalah kecil, terdapat risiko ketara berhubung keleburan dan letupan kimia dan wap. Ini akan membawa kepada pengeluaran sebahagian besar inventori radioaktif. Contohnya pada 1979, kombinasi kegagalan teknikal dan kesilapan pengendali telah membawa kepada kehilangan penyejukan dan bahagian utama stesen tenaga nuklear di Three Mile Island, Amerika Syarikat telah melebur dan sejumlah radiasi yang terhad dikeluarkan.

Kemalangan yang paling buruk adalah di stesen tenaga nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986. Kombinasi kesilapan pengendali, prosedur keselamatan yang tidak mencukupi dan rekabentuk reaktor yang buruk telah membawa kepada letupan wap dan hidrogen telah mengeluarkan bahan radioaktif dalam jumlah yang besar di seluruh Ukraine, Belarus dan sebahagian Eropah. Berjuta orang di bahagian hemisfera utara menderita dan terus menderita akibat bencana Chernobyl akibat pendedahan kepada radiasi.

Suruhanjaya Kawalan Nuklear Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 27 daripada 104 reaktor berlesen di Amerika kini mengalami kebocoran tritium radioaktif. Kes paling buruk yang dilaporkan ialah Entergy’s Vermont Yankee. Pencemaran paras tinggi ditemui dalam perigi ujian di sekitar reaktor, dan pakar percaya Sungai Connecticut menghadapi risiko yang serius.

Air yang digunakan membahayakan hidupan akuatik

Reaktor memerlukan sejumlah besar air penyejuk, sebab itulah kenapa ia sering terletak berdekatan dengan sungai, tasik atau lautan. Kemusnahan awal hidupan marin dan ekosistem datangnya daripada pengambilan air ke reaktor nuklear. Hidupan marin yang terdiri daripada larva ikan sehinggalah kepada organisma mikroskopik planktonik yang penting kepada ekosistem lautan, disedut ke dalam sistem penyejukan reaktor. Sesetengah binatang ini mati apabila terperangkap dalam penapis, besi penghadang dan struktur lain. Sejumlah besar sisa air yang dikeluarkan pada suhu yang panas berbanding air biasa yang mengalir juga akan menjejaskan hidupan akuatik.

Mahal

Tenaga nuklear adalah yang paling mahal dalam bentuk tenaga dan tidak dapat wujud tanpa subsidi yang besar. Memandangkan ia begitu mahal untuk membinanya, harga elektrik yang dihasilkannya juga akan menjadi lebih tinggi. Di samping itu, sebahagian besar wang perlu dibelanjakan dan mengumpulkan sejumlah besar kadar faedah sebelum mendapat sebarang hasil. Adakah kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga?

Tenaga nuklear juga akan diberikan subsidi yang besar tetapi kebanyakan subsidi ini adalah tersembunyi. Contohnya industri nuklear tidak membayar kos insurans sepenuhnya terhadap bencana kemalangan seperti Chernobyl. Subsidi lain bagi industri ini ialah apabila Kerajaan Persekutuan biasanya terpaksa membayar ganti rugi apabila berlakunya kebocoran atau kemalangan.

Pengeluaran gas rumah hijau

Penyokong tenaga nuklear menyatakan pengeluaran gas rumah hijau boleh dikurangkan. Reaktor nuklear, yang menghasilkan tenaga berasaskan pembelahan atom uranium, tidak mengeluarkan gas rumah hijau secara langsung (GHG). Walau bagaimanapun, setiap langkah pusingan bahan bakar nuclear, daripada perlombongan dan pemerosesan bijih uranium, untuk fabrikasi bahan bakar dan pembinaan reaktor, daripada pemprosesan semula bahan bakar “spent” kepada pelupusan dan penyimpanan sisa, melibatkan pengeluaran termasuk GHG.

Alternatif

Tenaga nuklear tidak perlu sama sekali. Kita mestilah memperbaiki kecekapan tenaga dan mengurangkan aktiviti karbon yang tinggi di bidang seperti pengangkutan. Pakar tenaga di Institut Rocky Mountain dan di mana sahaja menganggarkan bahawa berjuta dolar dilaburkan dalam meningkatkan kecekapan yang boleh menjimatkan sehingga tujuh kali tenaga berbanding yang dilaburkan dalam loji nuklear yang boleh dihasilkannya, serta menghasilkan 10 kali lebih banyak pekerjaan tetap.

Di seluruh dunia, orang ramai mula menyedari bahawa terdapat alternatif yang boleh diperbaharui, selamat dan murah berbanding nuklear. Menggabungkan langkah kecekapan tenaga dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui boleh menghapuskan sebarang justifikasi bagi tenaga nuklear. Sehubungan itu, kami menggesa Kerajaan Malaysia supaya membatalkan rancangan pembinaan loji tenaga nuklear.

**Penulis adalah Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Malaysia

???

Like a beast in a pen, I'm cut off
From my friends, freedom, the sun,
But the hunters are gaining ground.
I've nowhere else to run.

Dark wood and the bank of a pond,
Trunk of a fallen tree.
There's no way forward, no way back.
It's all up with me.

Am I a gangster or murderer?
Of what crime do I stand
Condemned? I made the whole world weep
At the beauty of my land.

Even so, one step from my grave,
I believe that cruelty, spite,
The powers of darkness will in time
Be crushed by the spirit of light.

The beaters in a ring close in
With the wrong prey in view,
I've nobody at my right hand,
Nobody faithful and true.

And with such a noose on my throat
I should like for one second
My tears to be wiped away
By someone at my right hand.

Boris Pasternak
1959

7 Perkara Pelik Tapi Benar...

Riwayat Usman Ibn Affan r.a.
1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Undi Pos : Senjata makan tuan kepada BN

http://kentong-suhaizan.blogspot.com

Sejak daripada pilihan raya Kecil Bagan Pinang team undi pos telah dibentuk oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat & petugas, ruang-ruang manipulasi yang berlaku didalam undi pos. Maka kami bergerak daripada Bagan Pinang, Hulu Selangor dan terakhir di Sibu Serawak.

Bukan mudah mengendalikan undi pos. Ia terlalu teknikal untuk difahami. Memakan masa dan tenaga yang banyak.

Undang-undang undi pos terlalu banyak ruang manipulasi. Maka kami turun di Sibu dengan niat untuk mengurangkan risiko manipulasi yang ada pada undi pos sambil memberi kefahaman kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Di Bagan Pinang Pemuda PAS terlibat, di Hulu Selangor team PKR Kuantan dan di Sibu tiba masanya DAP. Semua bangsa, agama dan komponen PR terlibat dalam team undi pos Sibu termasuk isteri calon Puan Irin.

Keputusan PRK Sibu adalah :

PR 18,845 undi
BN 18,447 undi
Bebas 232 undi

Mejoriti 398

Undi pos pula :

Undi pos yang dikeluarkan 2,827
Undi pos yang dikembalikan 2,637
BN telah memperolehi 2,323
PR telah memperolehi 70 undi
Bebas memperolehi 36 undi

BN telah menguasai 82.17% undi pos. PR hanya memperolehi 2.47%. Jika tampa undi pos(undi awam) PR akan menang 18,775 dan BN memperolehi 16,124 orang. Mejoriti PR tampa undi pos adalah 2,651. Tetapi dengan kewujudan undi pos PR menang tipis 398.


Sepanjang 6 hari bertugas dlm team undi pos kami berjaya :

1. Menolak 208 undi pos kerana sebab-sebab teknikal.
2. Mengekang 190 undi pos dari kalangan petugas SPR

Usaha ini membuahkan hasil penolakkan sebanyak 398.

Kejayaan manis team ini adalah DAP daripada PR berjaya dengan mejoriti yang sama iaitu 398. Ini bermaksud jika team undi pos berkeuzuran di Sibu mungkin keputusannya adalah seri 18,845 dengan mejoriti 0. Saya percaya mejoriti pelik seumpama ini akan berpihak kepada BN.

Saya berpendapat angka 398 buka suatu kebetulan. Ia adalah suatu petunjuk daripada Allah kepada masyarakat Malaysia betapa undi pos perlu diberi perhatian untuk di tolak dalam pilihanraya akan datang dan ditukar dengan sistem yang lebih telus.

Selama ini undi poslah yang menyelamatkan BN. Tetapi di Sibu talian hayat ini walaupun mendapat 82.17% undi pos menyokong BN tetapi kekangan team undi pos berjaya mengagalkan usaha mereka. Undi pos sudah menjadi senjata makan tuan kepada BN di Sibu.

Walaubagaimana pun saya tetap bertegas menang atau kalah PR, undi pos tetap mempunyai ruang yang luas untuk dimanipulasi. Undi pos mesti di ubah.

Itulah hadiah buat team undi POS. Tahniah kepada Sdr. Mohzaid, Jesopin, Irin, Hatta, Zaidi, rakan-rakan DAP dan ramai lagi. Tahniah kepada semua. Terima Kasih.